Tuesday 12 March 2013

Coupling 1

Coupling
Budaya yang biasa didengari di kalangan budak sekolah dan juga pelajar U.
Rata-rata bermula umur 12 tahun ke atas sudah mula berjinak2 ber 'coupling'.
Budaya ini sudah menular di setiap sekolah,termasuklah sekolah agama,sekolah kebangsaan,sekolah jenis kebangsaan,sekolah tahfiz,dsb.
Budaya ini malah lebih hebat di kalangan pelajar IPT kerajaan,swasta dan Islam.
Rasanya ramai sudah maklum budaya coupling ini harus dijauhi.Akan tetapi kekuatan iman sahaja yang mampu menjadi benteng bagi pelajar ini menjauhinya.
Diulangi,kekuatan IMAN.
Mengapa?
kerana setelah baligh..hormon-hormon seksual sudah mula bertindak dengan dahsyatnya..Hanya iman di dada yang dapat mengawalnya.

Lelaki: hormon testosterone
           hormon androgen
Wanita: hormon oestrogen
            hormon progesterone

Apabila hormon-hormon in telah bertindak aktif,budak lelaki dan perempuan seumpama kanak-kanak ribena yang dahulunya bermain kejar-kejaran dan pondok2 b,sudah tidak selamat bermain bersama.
 
tapi jangan takut,kerana ianya fitrah yang Allah dah tetapkan...kalau tidak,manusia akan mengalami kepupusan spesis.  :)


Cerita sekolah menengah
Kalau budak sekolah kebiasaanya,pelajar perempuan menyimpan perasaan pada lelaki yang diminatinya.
Ada yang jadi secret admirer,bagi hadiah sembunyi2,kakak2 menengah atas jadikan budak lelaki sbg adik angkat..kalau tua sket,jadi abang angkat.(Hadoi...kang ada yang betul2 terangat!)dan ada juga yang tubuhkan fan club peminat budak lelaki yang hot kat sekolah.
Ini adalah pengalaman peribadi setelah berpindah- randah banyak sekolah..hewhewhew :)

Pernah ada suatu ketika ,ada abang form 5 nak test power pada kami form 1.
Setiap kali prep petang,budak form 5 belajar kat kelas kami.
So,esok paginya,akan ada beberapa meja budak perempuan form1 ni dapat 'surat cinta' di bawah meja.
Dalam 30 meja budak perempuan,adalah dalam 6 meja je dapat surat tu dalam setahun.
Yang anehnya,budak2 perempuan yg dapat surat ni beria-ria gembira bukan kepalang bila dapat surat cinta ni,siap sorok2 nak baca sendiri,tak bagi orang lain baca.Isi suratnya 'Hi awak,awak ni cantiklah,boleh kita berkenalan? Kalau boleh,balas surat ni semula,letakkan bawah meja,nanti abang ambil'...masa tu saye terfikir,ayat simple camtu je pn budak perempuan dah cair? mudahnya perempuan ni...macam mane saye tahu apa isi surat tu? (hehehe..fikir sendiri)

Jadi,dipendekkan cerita,kecohlah kelas bila siapa dapat surat ni..dan mulalah aksi coupling,berabang adik angkat...(tak larat nk tengok..) tak sampai beberapa bulan,abang-abang tu dh keluar sekolah,jumpa awek baru,tinggal la adik-adik angkat nya ni terkontang-kanting ditinggalkan...dan tak habis-habis menangis...menangis..dan terus menangis sehingga pelajaran merosot.Mereka yang menjadi mangsa ni kawan-kawan saya yang sangat saya sayangi.(padahal dah nasihat dah jgn coupling).Kalau bukan abang2 form 5 yang menggatal,budak sekelas pula yang buat hal....hahaha..ni lagi lah horor..hari2 kene mengadap aksi2 yang xmampu nak tengok.(kadang2 geram sangat sound je terus depan-depan..haish..).
And this cycle repeats every year! At every school I went!
Ini membuatkan saye benci coupling..membodohkan diri.menyakitkan hati..Allah tak suka..dalam hati masa tu 'kenapalah dorang ni tak faham2 coupling tu haram?! Allah benci! Pegang2 sana sini...ish..pastu bila break menangis..bagus kawen je terus'..tu la pemikiran saye semasa sekolah menengah di setiap sekolah yang saya berpindah...as simple as that.

                                   Alamak!teringat cerita komik Slamdunk..Rukawa Kaede yang kacak


Cerita kedua, saye bergaduh dengan guru kaunseling sekolah saye semasa di tingkatan 2 berkenaan coupling.Kami pelajar perempuan menghadiri sesi perbincangan bersama seorang guru kaunseling perempuan di bilik kounseling sekolah,kerana kelas saya ada kes coupling.(orang yg tak kapel pn kene datang gak...ish..).memula,sesi tu berjalan dgn baik..coupling tu haram...dosa...maksiat..masih mentah,fokus blaja..bla..bla..bla...tapi..tetibe...

Cikgu A: cikgu rasa semua fahamkan kenapa zaman sekolah kita tak boleh kapel kan?cikgu dah explain tadikan?
Kami    : Faham cikgu.
Cikgu A: Bagus Alhamdulillah,tapi kamu semua jangan risau, bila dah masuk U nanti,korang boleh la coupling,untuk cari pasangan untuk berumah tangga nanti..
Aku      : (tersentak..)
Kawan-kawan: hehehehe...yeke cikgu? bestnya kalau camtu...okla,skrg ni kami tak kapel nak fokus study.
Aku  :  Cikgu,mana boleh cikgu cakap mcm tu.salah tu.bukan ke coupling tu berdosa,salah dan haram dlm Islam? Mana boleh cikgu cakap bila dah masuk U boleh kapel plak? hukum Allah jatuhkan tu putus/qat'ie selama-lamanya.
Kawan-kawan: Atiqah! kenapa awak cakap kat cikgu macam tu? Awak kurang ajar dgn cikgu lah!
Cikgu A: (Terdiam....)
Aku  :  Cikgu,saya cakap benda yang benar.Cikgu sbg guru sepatutnya nasihatkan anak murid,bukan galakkan kapel...nanti kalau cikgu nasihat macam ni,dorang akan ikut cakap cikgu,dan cikgu ada saham maksiat yang dorang buat nanti bila dah masuk U.
Kawan-kawan: Atiqah! Awak diam!awak ni teruk lah! kesian cikgu..
Cikgu A   : Emm...Atiqah,cikgu hormat pendirian Atiqah,tapi cuba Atiqah fikir,kalau dah masuk U nanti,kita nak la kenal dulu bakal pasangan kita macam mana,kalau tak coupling,macm mana nak kenal?lagi pun cikgu cakap ni bukan coupling kuar berdua,tapi kuar coupling ramai2..dengan kawan2 kita sekali...pegi makan ke ...pegi perpustakaan ke..
Aku : cikgu,bukan ke dlm hadith Rasulullah kata bila ada lelaki dan perempuan duduk berdua-duaan akan ada syaitan di tengah2 nya..tak kiralah ramai ke sedikit..still tu coupling..
Cikgu A:  Baik,nanti cikgu nak tengok,Atiqah tahan tak kat U nanti tak coupling..orang yang berupa paras mcm Atiqah ni lagi Allah akan uji dengan lelaki..cikgu nak tengok...setakat mana..
Aku         : Baik! InsyaAllah saya takkan coupling dalam seumur hidup saya..saya tak mahu permulaan hidup yang  tak berkat dengan ber coupling..cikgu tengoklah nanti..
(aku terus keluar...kebetulan kereta babah dah sampai.Aku masuk terus ke dalam kereta cerita pada babah sambil menangis menggigil-gigil.Babah peluk dan lapkan air mata..Babah kata: 'Wah!! Anak babah kecik2 dah jadi pendakwah la..betul la tu apa yang along dah buat..cikgu tu salah..ni baru sikit long...orang buat kerja dakwah ni mmg mcm ni..jom! nak makan aiskrim?')

Rupa-rupanya selepas 5 tahun,baru aku tahu apa kisah yg terjadi setelah aku keluar dari bilik kaunseling.
Aku terjumpa semula kawan sekolahku Lyana di metrik UIA.

Liyana: Atiqah,ko ingat lagi tak cite kat bilik kaunseling tu time kte form 2?
Aku  : hmm...ingat...malu je kte time tu..sume org marah kat kte..
Lyana: ko tahu tak apa yg jadi pas ko blah?
Aku    : tak..
Lyana:  hehe...haa..ni nak cite..pas ko blah je camtu haritu,kteorang duk back up cikgu dan kutuk2 ko.pastu tahu apa cikgu kata?
Aku  : Apa?
Lyana: Cikgu kata: "hmph! kamu semua ni ikut je apa cikgu cakap.Tengok Atiqah tu dia ada pendirian dan dia tegas dengan pendirian dia walau semua orang melawan.Orang macam tu susah nak jumpa.kamu semua ni,lain kali banyak guna akal dan ilmu yg dh blaja..dah la sekolah agama,agaknya kalu orang ajar kamu semua masuk lubang tahi.kamu pn masuk sama..."
Aku  : HHAAAAAA???? yeke???tak tahu pun....

moral of the story : Jangan takut untuk menegakkan yang hak.Kebenaran pasti akan memadamkan kebathilan..cuma kita kena yakin dan berani untuk memperjuangkan kebenaran!

Monday 2 July 2012

Beruntungnya kamu diuji...

Ujian lumrah kehidupan
Jika tiada ujian,tiadalah kehidupan.
Bukankah Allah telah menjadikan kehidupan ini,
hidup dan mati ini
adalah untuk menguji manusia, siapa yang PALING BAIK AMALNYA??
  
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) 
 ( Al-Mulk :2)


Amal yang paling baik adalah amal yang mengikuti syarak dan ikhlas semata-mata  kerana Allah ta'ala
Dan siapalah kita sebagai manusia yang lemah ini untuk meneka amal siapa yang paling baik di kalangan kita?
Siapakah yang lebih hebat pengorbanannya?
Siapa yang lebih tinggi imannya?
Siapa yang lebih ikhlas dalam perjuangannya?
Siapakah yang lebih baik tarbiyyah dan amal dakwahnya?
Hanya Allah yang tahu.

Teringat kisah sahabat-sahabat sendiri
Tika mereka diuji kehilangan kedua ibu bapa sejak kecil
Saat diuji masalah dari segi pelajaran dan kewangan
Kekuatan jiwa diuji dengan penyakit yang dihidapi
Masalah mehnah dan gangguan di tempat kerja
Tohmahan dan fitnah yang tidak pernah reda
Ibu bapa yang sakit melarat
Terputus hubungan di tengah jalan
Dan pelbagai lagi musibah-musibah yang menimpa
Yang membuat hati kita terluka,kecewa dan derita

Tetapi,
Sedarkah kita
Bahawa Allah itu Maha Pengasih,Maha Pemurah, Maha Pengampun dan Maha Penyayang?
Sedarkah kita bahawa kasih sayang Allah lebih daripada kasih ibu bapa kita menyayangi kita?
Adakah ujian-ujian itu adalah satu bentuk hukuman daripada Allah?
Atau adakah Allah sengaja hendak menyusahkan-nyusahkan kita?
Antara banyak-banyak orang,mengapa kita dipilihnya untuk diuji?
Mengapa orang lain baik-baik sahaja keadaannya ?
Mengapa bukan mereka diuji ?
Mengapa jalan hidup mereka elok berjalan dengan mudah,tetapi bukan kita?
Lebih-lebih lagi sahabat-sahabat kita yang berada di jalan dakwah dan tarbiyyah
Kita buat kerja yang Allah suka,tetapi kenapa kita juga penuh dengan ujian yang tidak putus-putus?
Orang lain tak buat dakwah pun,elok je hidupnya?
Jika itu tanggapan kita,
Kita belum benar-benar mengenali Allah

Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!"
(Al-fussilat:23)

Hadis Qudsi riwayat Imam Ahmad :
"Aku (Allah) akan mengikuti sangkaan-sangkaan hamba-Ku, maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan."

Ujian berkadar terus dengan keimanan
Pernah suatu hari, Saad bin Abi Waqash berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang paling berat cubaannya? Rasul menjawab: Para nabi, kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar agamanya; jika agamanya bagus di dalam lubuk hatinya, maka dia akan menjadi orang yang berat ujiannya, dan jika dalam agamanya agak tipis, maka sesuai dengan itu pula ujiannya. Begitulah ujian hidup, ia akan terus bersama seorang hamba, sehingga ketika ujian itu pergi meninggalkannya, maka dia bebas berjalan di muka bumi ini tanpa ada kesalahan lagi.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Teringat ceramah Ust Bilal Parid:
Tengok para nabi dan sahabat-sahabat Rasulullah
Nabi Luth, Nuh dan Ibrahim diuji dengan ahli keluarga,
Nabi Ayyub diuji dengan kesihatan,
Nabi Yunus diuji dengan berdakwah kepada kaumnya sehingga hampir-hampir berputus asa
Cuba kita tengok pejuang-pejuang Islam yang ikhlas mengejar redha Allah
Kebanyakan nyawa mereka diakhiri dgn kematian yg begitu tragis di mata manusia,
tetapi hebat di mata Allah,
seperti Hamzah b Abdul Mutalib hatinya dilapah oleh Hindun,Mus'ab b Umair seorang yang kaya sebelum beriman tetapi setelah beriman,kain kafan untuk menutupi mayatnya pun tidak cukup,Imam Hassan Al-Banna dibiarkan pendarahan berlarutan sehingga mati selepas ditembak,Syed Qutub, syahid di tali gantung,Syeikh Ahmad Yassin yang lumpuh dibunuh menggunakan peluru berpandu, dan Dr Abdul Aziz Rantissi syahid ditembak Apache.
Mengapa begitu kejam dan sedih pengakhiran mereka?
kerana yang diburu hanya 2
syahid atau menang.
nothing to lose.
Kita pula bagaimana?

Untuk berada lama di jalan yg Allah cinta ini
harus diuji dahulu siapa yg layak utk mendapat syurga dan bertemu dgn Allah azza wajalla
Contohnya, berlian akan terhasil apabila karbon mengalami banyak tekanan bertahun-tahun dan tayar kereta pasti harus diuji dahulu tahan lasaknya sebelum dijual.
lagi tahan lasak dan tahan lama benda tu,lagi mahal dan berkualiti ianya dijual dipasaran
Begitulah juga dgn kita
Lagi byk dan berat ujian yg menimpa,
Tetapi kita masih istiqomah dalam kesabaran,lg mahal harga sebuah keimanan itu buat kita.
lagi rasa hampirnya Allah dengan kita,
lagi terasa cepatnya doa-doa kita dimakbulkan
lagi terasa cukuplah hanya Allahlah segalanya untuk kita
ini akan membuahkan rasa kerdil dan tawaddhuknya kita disisi-Nya

“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami adanya orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita keadaan kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)

Teringat semasa adik-adikku tertunggu-tunggu panggilan interview JPA/MARA ke luar negara
Ramai lepasan SPM menanti-nanti surat dipanggil
Tetapi hanya beberapa orang sahaja yang layak
Bukankah sesi interview itu suatu ujian juga?
Mengapa ramai pula yg mahu?
Samalah juga kita
Allah mahu memberikan kebaikan dan ganjaran yang banyak untuk kita
Dipanggilnya kita 'interview' dengan cara diuji
Sebab kita telah penuhi syarat kelayakan untuk di'interview' oleh Allah
Untuk melayakkan kita mendapat kenikmatan duania dan akhirat yang tiada taranya
Bukankah kita sepatutnya gembira?



Ujian itu adalah pasti
Sabar itu pilihan
Beruntungnya kamu diuji...
Kerana Allah dan syurgaNya itu idaman
:)



Wednesday 20 June 2012

Aku sayang kamu..


Saat perpisahan itu hampir tiba
Kenangan kita bersama pasti takkan ku lupa
Masih teringat pertama kali kita bertemu
Di masjid Muadz b Jabal tahun 2009
Dalam sesi ta'aruf peserta KONSIS
Kita berkenalan

"Assalamualaikum,nama ana Nurzalinda Zalbahar (repeat 3x), rasanya ana yang paling tua kot dalam group ni. Boleh panggil ana Kak In, bekerja sebagai tutor di UPM." katamu sambil tersenyum.
Aku ketika itu baru habis belajar di UIA Kuantan.
"oohh..kakak ni orang UPM,agaknya aku akan jumpa dia selalu la pas ni" bisik hatiku.
Selepas habis belajar,aku ber'bulatan cinta' dengan akhawat UPM sebab berhampiran dengan rumah.
Akan tetapi ketika itu aku mula mengajar di Al-Amin Bangi sebagai guru Hafazan, Matematik, Kajian Tempatan dan Sivik.
Tapi setelah kita ber'bulatan cinta' bersama
Terasa berkobar-kobar hati ini mahu bersama-sama bergerak di alam kampus
Akhirnya,aku meletakkan jawatan sebagai guru dan bekerja sebagai Research Assistant di UPM

Pada awalnya aku mengenalmu sebagai ukht yang senior dalam dakwah
Agak kagum dengan dirimu yang gigih bergerak untuk dakwah dan tarbiyyah
Walaupun suasana di situ tidak berapa menggalakkan kerja-kerja Islami
Baru benar-benar terasa seperti biji benih yg baik,
Apabila dicampak di laut menjadi pulau
Dicampak di padang pasir menjadi oasis
Itulah dakwah yang Rasulullah s.a.w dan para sahabat telah lakukan
Di mana bumi ketandusan dakwah dan tarbiyyah
Di situlah tempat sepatutnya kita berada untuk menyuburkannya kembali
dengan kalimah laailaha illallah muhammadur rasulullah

Ukhtiku yang tercinta
Sepanjang proses pengenalan kita
aku sungguh bersyukur kepada Allah
Kerana dipertemukan dengan dirimu
Banyak telah aku pelajari darimu
Apakah erti pengorbanan,
Erti kesungguhan, erti tidak berputus asa,
Erti Allah sentiasa bersama kita,
Walaupun bermacam-macam dugaan kau dan akhawat tempuhi
Walau banyak kekurangan yang ada disisi
Tapi
Alhamdulillah
Allah sentiasa memberi kekuatan padamu dan kepada kita
kau banyak membimbingku
dalam jalan dakwah dan tarbiyyah
Membuatkan ku lebih tertawan denganmu

Ukhtiku yang tersayang,
Jazakillahu khairan katheera atas segala perhatian,dorongan,pengertian dan kasih sayang
Dirimu sentiasa ada disampingku
Saat aku lemah
Saat aku di tahap iman paras minima
Saat diriku dirundung kesedihan dan kegelisahan
Juga saat ketika aku perlukan tempat menangis
Saat itu juga kau menguatkan kembali semangatku
Dengan janji-janji Allah
Kau runtuhkan habis egoku yang membuatkan aku tersesat selama ini
Kau sedarkan aku kembali daripada kelalaian
apabila aku mula jauh dari Ilahi...

Kau lakukannya
Tanpa men'cop' aku
Tanpa memerli aku
Tanpa memarahi aku
Kau buat dengan kasih sayang
Aku sungguh menghargainya....
sungguh.......hanya Allah mengerti betapa bermaknanya dirimu buatku

Ukhti habibati,
Secara sedar atau tidak
Aku mula jatuh hati pada peribadi dan akhlakmu
Dirimu yang mudah mesra
Membuatkan hatiku makin terpaut padamu
Aku sentiasa mendoakan dirimu dikurniakan Allah ganjaran sebaik-baik ganjaran
Atas apa yang telah kau berikan padaku

Kini,
Kau akan pergi jauh dariku
3 tahun kita akan terpisah
3 tahun ini juga aku pasti merinduimu
Aku pasti sangat terasa akan kehilanganmu
Berjihadlah di sana dengan sebenar-benar jihad
Teruskanlah dengan kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah ini!
Tak kira di mana pun kita berada
Bumi Allah ini mesti sentiasa disuburkan dengan agama Allah yg mulia!

Yakinlah !
Allah sentiasa menjagamu
Di masa ramai dan di masa sunyimu
Jagalah Allah,nescaya Allah akan menjagamu
Ihfazillaha yah fazka.

Utruki fi ri'ayatillah
(aku tinggalkan kamu pada pemerhatian/pemeliharaan Allah)
Uhibbuki fillah ya ukhti
Aku sentiasa mendoakan kebaikan yang sebanyak-banyaknya untukmu!
kerana
Aku sayang kamu.....


Tuesday 19 June 2012

Akhirnya aku berjanji jua (akhir)

Tibalah hari kepulanganku semula ke UIA Gombak
Mid term exam sudah tidak lama
Berat rasanya hatiku untuk meninggalkan Babah, mama dan adik2 ketika itu
Terasa seperti sesuatu yang besar bakal terjadi dalam keluarga kami
Namun
Semuanya itu tak mampu untuk ku luah
Aku bukan tuhan, yang tahu apa yang akan terjadi akan datang

Pagi itu seperti biasa
Selesai makan pagi, Babah akan berbaring semula di katilnya
Butiran tasbih dan zikir tak penah lekang darinya
Babah semakin kurus
Babah sudah tidak selera makan
Matanya sudah semakin kabur
Badannya sangat kuning
Pendengarannya juga sudah tiada dan diganti dgn bunyi yg sangat bising yang tiada kesudahannya
Banyak benda yang dia suka dulu,sekarang benda tu sudah tidak lagi menarik baginya
Aku mulai risau akan perkembangan kesihatannya semakin merosot
Aku tahu dia sedang sangat tersiksa menahan sakit
Tapi digagahkan juga
Ya Allah, jika kesakitan itu dapat diberi sedikit kepadaku
Asalkan Babah kurang sedikit penderitaannya
Nescaya aku rela!

Sedang aku berjalan melalui katilnya
Babah memanggil aku
" Long, sini jap, duduk sebelah babah..babah nak cakap sket"
kata Babah sambil menepuk2 tilam disisinya
Aku tersenyum dan terus duduk disebelahnya
Babah memandang tepat ke mataku
Kedua tangannya memagang erat kedua tanganku
Aku terasa seperti ada sesuatu yang sangat penting yang akan diperkatakan
" Along..."
"Babah tak tahu babah sempat tak tengok awak berkahwin,babah takut tak sempat,tapi kalau sempat alhamdulillah...tapi misal kata tak sempat,babah harap sangat nanti bila awak dah besar, awak ada suami, awak jadilah seorang isteri yang solehah dan taat.Role model untuk jadi benchmark awak,adalah mama. Itu paling minimum dan benchmark maximum, Siti Khadijah."jelas babah
Aku terkedu.
"Apahal pulak Babah ni, cakap benda2 camni? umur aku baru 20 tahun, dah cakap pasal kahwin." getus hati kecilku.
Jawapanku ditulis dengan menggunakan white board kecil, sebab babah sudah tidak boleh mendengar.
" Bah, kenapa Along kena jadi macam mama? Along tak nak jadi macam mama (sebab asyik bergaduh dengan mama sendiri).Along nak jadi macam babah.Hidup untuk dakwah."aku menjawap.
"Long, awak perempuan, bukannya lelaki. Eloknya ambil role model perempuan.Orang perempuan ada kelebihannya yang tersendiri,berbeza dengan lelaki. Awak jangan pandang rendah mama awak. Dia tu dah kira ahli syurga, sebab babah dah redha dengan dia. Mama isteri yang taat dan kuat agama bahkan kesemua ciri-ciri isteri solehah yang diperlukan oleh seorang pejuang lelaki, semua mama awak sudah ada.Babah rasa beruntung berkahwin dengan mama awak." kata babah.

Aku terdiam.
Benar kata2 babah,
Sejak babah sakit, mama selalu bangun malam solat dan berdoa untuk babah
Mama selalu tidak tidur kerana menjaga babah yang kadang2 demam sangat panas
ataupun tiba-tiba meraung sakit
Tapi raungan babah selalunya berbunyi "Ya ALLAH!!!" ALLAHUAKBAR!!"
Dan disusuli dengan tangisan
Hancur dan sayu hati kami mendengarnya
Kadang2 kami juga turut tidak tidur kerana membantu mama menjaga babah
Mama melayan babah dengan sangat lemah lembut, sabar dan teliti
Hinggakan pembantu rumah kami pun menangis kagum dengan layanan mama pada babah
Bukan itu sahaja,
Mama jugalah yang menerima banyak tohmahan2 dan amarah sahabat2 babah tentang cara pengubatan babah
Majoriti di antara mereka tidak bersetuju dengan cara pengubatan alternatif.
Mama selalu mengadu dan menangis hampir setiap malam kepadaku
Kadang2 kami sama2 menangis
Tapi mama kata kalau dua2 menangis,kesian sangat
Jadinya bila sorang menangis, sorang lagi kena kuat dan tidak menangis
So, sejak itu aku belajar cara tahan tangis walaupun hati benar-benar terluka

" Along, andaikata babah pergi dulu, babah nak minta tolong pada awak sesuatu, boleh ke?" kata babah dengan sangat lembut.Tangannya masih lagi erat memegang tanganku.
Aku hanya mengangguk.
Kelopak mataku sudah digenangi air mata,entah bila hadir aku pun tak tahu
" Boleh along berjanji dengan babah? Janji dengan babah yang along akan tengok-tengokkan kehidupan mama dan adik-adik selepas babah tiada. Terutama sekali tentang tarbiyyah adik-adik....babah sangat risau tentang itu. Janji dengan babah Long, yg awak akan tengokkkan betul-betul tarbiyyah adik-adik." pinta Babah dengan bersungguh-sungguh sambil memandang tepat kepada mataku.

Aku tergamam.
Berat sungguh permintaan itu.
Aku membatu.
Angguk tidak,geleng pun tidak
Apalah dayaku yang kerdil ini dan setahun jagung ketika itu dalam jalan dakwah dan tarbiyyah
Mampukah aku melakukannya
Mampukah aku membuat janji ini dengan Babah?
Aku tidak mahu mengecewakan harapannya
Aku bukan Tuhan yang mengetahui masa depan
Aku bukan boleh mengarah adikku untuk suka ditarbiyyah
Dapat perasaan perlu ditarbiyyah itu pun adalah kehendak Allah
Bukankah hidayah itu milik Allah?
Kalau antara adik-adikku itu Allah tidak pilih hidayah untuk sampai ke hati mereka, bagaimana?
Bukankah aku sudah dikira mungkir janji?
Besar sungguh harapannya, dan sebesar itu jugalah kekecewaannya jika tidak tertunai
Tapi.........harus bagaimana?
"Long, janji dengan Babah Long.Janji ya??? awak tahu kan orang Islam macam mana berpegang pada janjikan? walau macam mana susah pun mesti ditepati,sebab awak dah berjanji." desak Babah.
Aku memang kalah dengan pujuk rayu Babah
Tak sanggup menghampakannya
Dengan hati yang berat,
Aku mengangguk dan ketika itu juga airmataku mengalir
Rupanya itulah kata2 terakhir Babah kepadaku
3 September 2005, Babah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di wad ICU, HUKM.
Aku tidak sempat menemuinya di saat akhir,dan di saat itu juga mama berkata Babah tertanya2 bilakah aku akan sampai untuk menemuinya.
Babah telah pergi meninggalkan kami. Sakit yang dideritainya selama 2 tahun setengah itu akhirnya berakhir.

Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahim
Kau ampunilah Babah
Tempatkan lah dia di kalangan orang2 yang soleh

Bila teringat semula tentang janjiku pada Babah,
Tak sangka,
Akhirnya aku berjanji jua..............


Monday 18 June 2012

Akhirnya aku berjanji jua.. (2)

Beberapa hari seterusnya
Setelah solat isyak dan mengaji,aku tertidur di sejadah
Dalam tidur,ku bermimpi Babah bersarung dengan kain kafan telah siap di atas katil
Gambaran mimpi itu sangat jelas
Mata Babah tertutup rapat
Air mukanya tenang
Badannya bersalut kain kafan putih
Babah sudah tiada??
Benarkah??

Tiba-tiba aku terjaga
Aku lega itu hanya mimpi
Telekungku sudah basah dengan airmata
Lantas,terusku berlari ke bilik Babah
Bilik Babah gelap
Hanya ada lampu tidur
Babah sedang berzikir,dengan tasbih ditangannya

Aku terus mendakap erat Babah
Sambil menangis tersedu-sedu
Babah pelik melihat gelagatku
Dia bertanya
"Along kenapa? Kenapa menangis?"
Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala
Airmata memang tidak dapat dibendung
Soalannya tidak ku jawap
aku terus memeluk dan mencium tangan dan pipinya
"Ya Allah...inikah kali terakhir kami dapat bersama??"
"Bah,along sangat sayangkan babah, Ya Allah,kasihanilah ayahku,jangan Kau ambil dan pisahkan dia dari kami..aku tahu Kau maha kuasa,Kau punya segala,tapi aku hanya punya satu permintaan kecil jika dibanding segala yang Kau miliki,yang aku pinta,tolong jangan ambil nyawa ayahku lagi.Kami masih sangat memerlukannya"
Aku berdoa. Bersungguh-sungguh.
Walaupun aku tahu Babah memang tidak dapat mendengarnya.
Penyakit leukaemia yg dihidapinya telah mengambil nikmat pendengarannya

Sejak hari itu dadaku mula tidak keruan
Betulkah gambaran mimpi yang kulihat hari itu?
Mengapa begitu jelas?

Sunday 17 June 2012

Akhirnya aku berjanji jua.. (1)

Happy Fathers Day..
Sepatutnya hari-hari adalah fathers day.
Bukankah ayah kita sentiasa menyayangi dan berkorban untuk kita setiap hari?
Terima kasih juga harus diucap setiap hari, ye tak?
Alhamdulillah...Untungla...
Jika masih punya ayah/babah/abah/abati/abi..
Bersyukurlah sebanyak-banyaknya kpd Allah kerana masih diberi asbab untuk mendapat keberkatan dan doa dikabulkan

Babah sudah meninggalkan aku,mama dan adik2
Ya.antara banyak2 anak,aku yang paling rapat dan manja dengan babah
Kehilangannya membuatkan aku kehilangan separuh jiwaku
7 tahun sudah berlalu.
Setelah berperang melawan leukaemia selama 2 tahun setengah.
Akhirnya Babah pergi jua kembali kepada penciptanya.
7 tahun ini juga anakmu ini sentiasa merinduimu dan sering bermimpi bertemu semula denganmu

Ini kisah 2 minggu 
2 minggu sebelum Babah meninggal
Aku sempat pulang ke rumah sebelum exam mid term 1st year tahun 2005
Ketika itu Babah terbujur lemah di atas katil ruang tamu
Badannya semakin kurus,mukanya cengkung, warna tubuhnya menguning dan semakin tidak bermaya.
Aku sebak setiap kali pulang ke rumah
Seperti ditikam-tikam jantungku melihat keadaannya
Solat hajat tidak putus-putusku lakukan
Sudah bergelen-gelen air mata dicurahkan
Berhelai-helai luahan rasa telah dinukilkan
Berjela-jela doa-doa dan harapan diuntaikan
Berjam-jam dalam sujudku merayu-rayu dan merintih
Harapan demi harapan digantung hanya pada yg Esa
Agar Babah sembuh seperti sediakala..
  
"Ya Allah,Babah semakin sakit...ya Allah,sembuhkanlah derita Babahku sayang,kuatkan lah jiwanya ya Rabb. Dia seorang pejuang,berilah harapan lagi padanya untuk hidup menyambung perjuangannya. Bagaimana keadaan kami nanti kalau Babah tiada disisi? " bisik hati kecilku.

Seperti biasa setiap kali aku pulang ke rumah,aku akan menunjukkan muka ceria dan memberikan kata-kata semangat untuk hidup kepada Babah.
Aku tahu,Babah sangat ternanti-nanti kepulanganku.
Aku pulang dengan motivasi al-quran dan hadith yg aku dapat daripada kuliah agama yg kuikuti
Hanya itu yang mampu kulakukan untuk mengurangkan sedikit kesakitan yang dialaminya

"Along,babah sedih,kenapa dalam banyak2 sahabat2 Babah, Allah pilih Babah yg mesti lalui ujian yang perit ini? Ya. Babah tahu,ujian Allah untuk orang yg soleh. tapi Babah ni taklah sebaik mana,ramai pakcik2 lain yang lebih baik,kenapa babah??" ,riak wajahnya suram.
Jarang Babah seperti ini,dia jenis yang tidak mudah berputus asa dan sentiasa positif.
Mungkin  kerana ujian yg maha hebat ini,menggoncangkan sedikit sebanyak jiwanya
Ketika itu air mata ku paksa tahan.
Terus ku mencelah.
"Babah, along ada dengar ustaz cakap,bila Allah uji seseorang, Allah  pilih orang tu dalam banyak2 orang, mesti sebab ada benda "special" yang ada pada diri orang yg dipilih itu yg takde pada orang lain. Bukankah Allah uji orang yg Dia cinta shaja? Nabi2 dan para sahabat banyak Allah uji dengan ujian hebat2.Yakinlah Babah, Allah takkan aniaya kita, Along yakin ada sesuatu dalam diri Babah yg takde kat pakcik2 lain yang buatkan Babah "special" di mata Allah.Sekarang ujian derita yg hebat ni yg Babah lalui ni semua Allah nampak..doa Babah, semua Allah dengar, rintihan Babah semua Allah tahu. dan Along yakin ada sesuatu yg indah dan hebat yang Allah sudah sediakan khas untuk Babah di tempat yg kekal abadi,tapi syaratnya Babah mesti lalui ujian ini dengan sabar" pujuk ku.
Tidak ku sangka
Air matanya mengalir deras selepas itu.
Aku masih bertahan tidak menangis, walaupun mata dah berkaca-kaca.
Sebab Babah selalu ingatkan aku, anak Babah kena sentiasa kuat jiwanya dan tegas dalam prinsip hidupnya walaupun aku perempuan
" Along, Babah ni bukan siapa2,hanya hamba yang lemah,kalau Allah tak nak bagi Babah sesuatu yg indah dan hebat tu pun takpe,jika dibanding ujian ini,Babah rasa....dh tak sanggup nak tahan......ya Allah..." keluh Babah dalam tangisnya.
"Tak sangka Babah dapat kata2 semangat daripada anak sendiri,sedangkan Babah sentiasa harap ada sahabat2 Babah pakcik2 atau ustaz2 yg datang memberi semangat,tapi tiada..." rintihnya.
Aku terdiam.
Air mata sudah tidak mampu ku tahan.
Ku bergegas berlari ke bilik air.
Menangis semahu-mahunya.........

  

Wednesday 6 June 2012

Just do it!

Usually people will say think first before you act.
This is really true, we have to analyze our thoughts first before we take any actions.
We will start talking to ourselves the pros and cons of taking a particular actions.
However, too much of critical thinking can result in some bad actions...
Such as...donating and helping others who are in need.
We will start calculating in our mind if our money is becoming less if we donate to other people...

Don't we believe in barokah in our money?