Happy Fathers Day..
Sepatutnya hari-hari adalah fathers day.
Bukankah ayah kita sentiasa menyayangi dan berkorban untuk kita setiap hari?
Terima kasih juga harus diucap setiap hari, ye tak?
Alhamdulillah...Untungla...
Jika masih punya ayah/babah/abah/abati/abi..
Bersyukurlah sebanyak-banyaknya kpd Allah kerana masih diberi asbab untuk mendapat keberkatan dan doa dikabulkan
Babah sudah meninggalkan aku,mama dan adik2
Ya.antara banyak2 anak,aku yang paling rapat dan manja dengan babah
Kehilangannya membuatkan aku kehilangan separuh jiwaku
7 tahun sudah berlalu.
Setelah berperang melawan leukaemia selama 2 tahun setengah.
Akhirnya Babah pergi jua kembali kepada penciptanya.
7 tahun ini juga anakmu ini sentiasa merinduimu dan sering bermimpi bertemu semula denganmu
Ini kisah 2 minggu
2 minggu sebelum Babah meninggal
Aku sempat pulang ke rumah sebelum exam mid term 1st year tahun 2005
Ketika itu Babah terbujur lemah di atas katil ruang tamu
Badannya semakin kurus,mukanya cengkung, warna tubuhnya menguning dan semakin tidak bermaya.
Aku sebak setiap kali pulang ke rumah
Seperti ditikam-tikam jantungku melihat keadaannya
Solat hajat tidak putus-putusku lakukan
Sudah bergelen-gelen air mata dicurahkan
Berhelai-helai luahan rasa telah dinukilkan
Berjela-jela doa-doa dan harapan diuntaikan
Berjam-jam dalam sujudku merayu-rayu dan merintih
Harapan demi harapan digantung hanya pada yg Esa
Agar Babah sembuh seperti sediakala..
"Ya Allah,Babah semakin sakit...ya Allah,sembuhkanlah derita Babahku sayang,kuatkan lah jiwanya ya Rabb. Dia seorang pejuang,berilah harapan lagi padanya untuk hidup menyambung perjuangannya. Bagaimana keadaan kami nanti kalau Babah tiada disisi? " bisik hati kecilku.
Seperti biasa setiap kali aku pulang ke rumah,aku akan menunjukkan muka ceria dan memberikan kata-kata semangat untuk hidup kepada Babah.
Aku tahu,Babah sangat ternanti-nanti kepulanganku.
Aku pulang dengan motivasi al-quran dan hadith yg aku dapat daripada kuliah agama yg kuikuti
Hanya itu yang mampu kulakukan untuk mengurangkan sedikit kesakitan yang dialaminya
"Along,babah sedih,kenapa dalam banyak2 sahabat2 Babah, Allah pilih Babah yg mesti lalui ujian yang perit ini? Ya. Babah tahu,ujian Allah untuk orang yg soleh. tapi Babah ni taklah sebaik mana,ramai pakcik2 lain yang lebih baik,kenapa babah??" ,riak wajahnya suram.
Jarang Babah seperti ini,dia jenis yang tidak mudah berputus asa dan sentiasa positif.
Mungkin kerana ujian yg maha hebat ini,menggoncangkan sedikit sebanyak jiwanya
Ketika itu air mata ku paksa tahan.
Terus ku mencelah.
"Babah, along ada dengar ustaz cakap,bila Allah uji seseorang, Allah pilih orang tu dalam banyak2 orang, mesti sebab ada benda "special" yang ada pada diri orang yg dipilih itu yg takde pada orang lain. Bukankah Allah uji orang yg Dia cinta shaja? Nabi2 dan para sahabat banyak Allah uji dengan ujian hebat2.Yakinlah Babah, Allah takkan aniaya kita, Along yakin ada sesuatu dalam diri Babah yg takde kat pakcik2 lain yang buatkan Babah "special" di mata Allah.Sekarang ujian derita yg hebat ni yg Babah lalui ni semua Allah nampak..doa Babah, semua Allah dengar, rintihan Babah semua Allah tahu. dan Along yakin ada sesuatu yg indah dan hebat yang Allah sudah sediakan khas untuk Babah di tempat yg kekal abadi,tapi syaratnya Babah mesti lalui ujian ini dengan sabar" pujuk ku.
Tidak ku sangka
Air matanya mengalir deras selepas itu.
Aku masih bertahan tidak menangis, walaupun mata dah berkaca-kaca.
Sebab Babah selalu ingatkan aku, anak Babah kena sentiasa kuat jiwanya dan tegas dalam prinsip hidupnya walaupun aku perempuan
" Along, Babah ni bukan siapa2,hanya hamba yang lemah,kalau Allah tak nak bagi Babah sesuatu yg indah dan hebat tu pun takpe,jika dibanding ujian ini,Babah rasa....dh tak sanggup nak tahan......ya Allah..." keluh Babah dalam tangisnya.
"Tak sangka Babah dapat kata2 semangat daripada anak sendiri,sedangkan Babah sentiasa harap ada sahabat2 Babah pakcik2 atau ustaz2 yg datang memberi semangat,tapi tiada..." rintihnya.
Aku terdiam.
Air mata sudah tidak mampu ku tahan.
Ku bergegas berlari ke bilik air.
Menangis semahu-mahunya.........
Assalamualaikum.Sedih dan insaf bila baca post ni. Semoga tabah dan kuat ya kak!
ReplyDelete