Wednesday, 20 June 2012

Aku sayang kamu..


Saat perpisahan itu hampir tiba
Kenangan kita bersama pasti takkan ku lupa
Masih teringat pertama kali kita bertemu
Di masjid Muadz b Jabal tahun 2009
Dalam sesi ta'aruf peserta KONSIS
Kita berkenalan

"Assalamualaikum,nama ana Nurzalinda Zalbahar (repeat 3x), rasanya ana yang paling tua kot dalam group ni. Boleh panggil ana Kak In, bekerja sebagai tutor di UPM." katamu sambil tersenyum.
Aku ketika itu baru habis belajar di UIA Kuantan.
"oohh..kakak ni orang UPM,agaknya aku akan jumpa dia selalu la pas ni" bisik hatiku.
Selepas habis belajar,aku ber'bulatan cinta' dengan akhawat UPM sebab berhampiran dengan rumah.
Akan tetapi ketika itu aku mula mengajar di Al-Amin Bangi sebagai guru Hafazan, Matematik, Kajian Tempatan dan Sivik.
Tapi setelah kita ber'bulatan cinta' bersama
Terasa berkobar-kobar hati ini mahu bersama-sama bergerak di alam kampus
Akhirnya,aku meletakkan jawatan sebagai guru dan bekerja sebagai Research Assistant di UPM

Pada awalnya aku mengenalmu sebagai ukht yang senior dalam dakwah
Agak kagum dengan dirimu yang gigih bergerak untuk dakwah dan tarbiyyah
Walaupun suasana di situ tidak berapa menggalakkan kerja-kerja Islami
Baru benar-benar terasa seperti biji benih yg baik,
Apabila dicampak di laut menjadi pulau
Dicampak di padang pasir menjadi oasis
Itulah dakwah yang Rasulullah s.a.w dan para sahabat telah lakukan
Di mana bumi ketandusan dakwah dan tarbiyyah
Di situlah tempat sepatutnya kita berada untuk menyuburkannya kembali
dengan kalimah laailaha illallah muhammadur rasulullah

Ukhtiku yang tercinta
Sepanjang proses pengenalan kita
aku sungguh bersyukur kepada Allah
Kerana dipertemukan dengan dirimu
Banyak telah aku pelajari darimu
Apakah erti pengorbanan,
Erti kesungguhan, erti tidak berputus asa,
Erti Allah sentiasa bersama kita,
Walaupun bermacam-macam dugaan kau dan akhawat tempuhi
Walau banyak kekurangan yang ada disisi
Tapi
Alhamdulillah
Allah sentiasa memberi kekuatan padamu dan kepada kita
kau banyak membimbingku
dalam jalan dakwah dan tarbiyyah
Membuatkan ku lebih tertawan denganmu

Ukhtiku yang tersayang,
Jazakillahu khairan katheera atas segala perhatian,dorongan,pengertian dan kasih sayang
Dirimu sentiasa ada disampingku
Saat aku lemah
Saat aku di tahap iman paras minima
Saat diriku dirundung kesedihan dan kegelisahan
Juga saat ketika aku perlukan tempat menangis
Saat itu juga kau menguatkan kembali semangatku
Dengan janji-janji Allah
Kau runtuhkan habis egoku yang membuatkan aku tersesat selama ini
Kau sedarkan aku kembali daripada kelalaian
apabila aku mula jauh dari Ilahi...

Kau lakukannya
Tanpa men'cop' aku
Tanpa memerli aku
Tanpa memarahi aku
Kau buat dengan kasih sayang
Aku sungguh menghargainya....
sungguh.......hanya Allah mengerti betapa bermaknanya dirimu buatku

Ukhti habibati,
Secara sedar atau tidak
Aku mula jatuh hati pada peribadi dan akhlakmu
Dirimu yang mudah mesra
Membuatkan hatiku makin terpaut padamu
Aku sentiasa mendoakan dirimu dikurniakan Allah ganjaran sebaik-baik ganjaran
Atas apa yang telah kau berikan padaku

Kini,
Kau akan pergi jauh dariku
3 tahun kita akan terpisah
3 tahun ini juga aku pasti merinduimu
Aku pasti sangat terasa akan kehilanganmu
Berjihadlah di sana dengan sebenar-benar jihad
Teruskanlah dengan kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah ini!
Tak kira di mana pun kita berada
Bumi Allah ini mesti sentiasa disuburkan dengan agama Allah yg mulia!

Yakinlah !
Allah sentiasa menjagamu
Di masa ramai dan di masa sunyimu
Jagalah Allah,nescaya Allah akan menjagamu
Ihfazillaha yah fazka.

Utruki fi ri'ayatillah
(aku tinggalkan kamu pada pemerhatian/pemeliharaan Allah)
Uhibbuki fillah ya ukhti
Aku sentiasa mendoakan kebaikan yang sebanyak-banyaknya untukmu!
kerana
Aku sayang kamu.....


No comments:

Post a Comment