Ujian lumrah kehidupan
Jika tiada ujian,tiadalah kehidupan.
Bukankah Allah telah menjadikan kehidupan ini,
hidup dan mati ini
adalah untuk menguji manusia, siapa yang PALING BAIK AMALNYA??
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup
(kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara
kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu),
lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)
( Al-Mulk :2)
Amal yang paling baik adalah amal yang mengikuti syarak dan ikhlas semata-mata kerana Allah ta'ala
Dan siapalah kita sebagai manusia yang lemah ini untuk meneka amal siapa yang paling baik di kalangan kita?
Siapakah yang lebih hebat pengorbanannya?
Siapa yang lebih tinggi imannya?
Siapa yang lebih ikhlas dalam perjuangannya?
Siapakah yang lebih baik tarbiyyah dan amal dakwahnya?
Hanya Allah yang tahu.
Teringat kisah sahabat-sahabat sendiri
Tika mereka diuji kehilangan kedua ibu bapa sejak kecil
Saat diuji masalah dari segi pelajaran dan kewangan
Kekuatan jiwa diuji dengan penyakit yang dihidapi
Masalah mehnah dan gangguan di tempat kerja
Tohmahan dan fitnah yang tidak pernah reda
Ibu bapa yang sakit melarat
Terputus hubungan di tengah jalan
Dan pelbagai lagi musibah-musibah yang menimpa
Yang membuat hati kita terluka,kecewa dan derita
Tetapi,
Sedarkah kita
Bahawa Allah itu Maha Pengasih,Maha Pemurah, Maha Pengampun dan Maha Penyayang?
Sedarkah kita bahawa kasih sayang Allah lebih daripada kasih ibu bapa kita menyayangi kita?
Adakah ujian-ujian itu adalah satu bentuk hukuman daripada Allah?
Atau adakah Allah sengaja hendak menyusahkan-nyusahkan kita?
Antara banyak-banyak orang,mengapa kita dipilihnya untuk diuji?
Mengapa orang lain baik-baik sahaja keadaannya ?
Mengapa bukan mereka diuji ?
Mengapa jalan hidup mereka elok berjalan dengan mudah,tetapi bukan kita?
Lebih-lebih lagi sahabat-sahabat kita yang berada di jalan dakwah dan tarbiyyah
Kita buat kerja yang Allah suka,tetapi kenapa kita juga penuh dengan ujian yang tidak putus-putus?
Orang lain tak buat dakwah pun,elok je hidupnya?
Jika itu tanggapan kita,
Kita belum benar-benar mengenali Allah
Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka
terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan
sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang
rugi!"
(Al-fussilat:23)
Hadis Qudsi riwayat Imam Ahmad :
"Aku (Allah) akan mengikuti sangkaan-sangkaan hamba-Ku, maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan."
Ujian berkadar terus dengan keimanan
Pernah suatu hari, Saad bin Abi Waqash berkata: “Aku bertanya kepada
Rasulullah SAW, siapakah yang paling berat cubaannya? Rasul menjawab:
Para nabi, kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka.
Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar agamanya; jika agamanya bagus
di dalam lubuk hatinya, maka dia akan menjadi orang yang berat
ujiannya, dan jika dalam agamanya agak tipis, maka sesuai dengan itu
pula ujiannya. Begitulah ujian hidup, ia akan terus bersama seorang
hamba, sehingga ketika ujian itu pergi meninggalkannya, maka dia bebas
berjalan di muka bumi ini tanpa ada kesalahan lagi.” (Hadis riwayat
Tirmizi)
Teringat ceramah Ust Bilal Parid:
Tengok para nabi dan sahabat-sahabat Rasulullah
Nabi Luth, Nuh dan Ibrahim diuji dengan ahli keluarga,
Nabi Ayyub diuji dengan kesihatan,
Nabi Yunus diuji dengan berdakwah kepada kaumnya sehingga hampir-hampir berputus asa
Cuba kita tengok pejuang-pejuang Islam yang ikhlas mengejar redha Allah
Kebanyakan nyawa mereka diakhiri dgn kematian yg begitu tragis di mata manusia,
tetapi hebat di mata Allah,
seperti Hamzah b Abdul Mutalib hatinya dilapah oleh Hindun,Mus'ab b Umair seorang yang kaya sebelum beriman tetapi setelah beriman,kain kafan untuk menutupi mayatnya pun tidak cukup,Imam Hassan Al-Banna dibiarkan pendarahan berlarutan sehingga mati selepas ditembak,Syed Qutub, syahid di tali gantung,Syeikh Ahmad Yassin yang lumpuh dibunuh menggunakan peluru berpandu, dan Dr Abdul Aziz Rantissi syahid ditembak Apache.
Mengapa begitu kejam dan sedih pengakhiran mereka?
kerana yang diburu hanya 2
syahid atau menang.
nothing to lose.
Kita pula bagaimana?
Untuk berada lama di jalan yg Allah cinta ini
harus diuji dahulu siapa yg layak utk mendapat syurga dan bertemu dgn Allah azza wajalla
Contohnya, berlian akan terhasil apabila karbon mengalami banyak tekanan bertahun-tahun dan tayar kereta pasti harus diuji dahulu tahan lasaknya sebelum dijual.
lagi tahan lasak dan tahan lama benda tu,lagi mahal dan berkualiti ianya dijual dipasaran
Begitulah juga dgn kita
Lagi byk dan berat ujian yg menimpa,
Tetapi kita masih istiqomah dalam kesabaran,lg mahal harga sebuah keimanan itu buat kita.
lagi rasa hampirnya Allah dengan kita,
lagi terasa cepatnya doa-doa kita dimakbulkan
lagi terasa cukuplah hanya Allahlah segalanya untuk kita
ini akan membuahkan rasa kerdil dan tawaddhuknya kita disisi-Nya
“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang mengaku
beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami adanya orang yang berjuang
dari kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah
Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya)
berita keadaan kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)
Teringat semasa adik-adikku tertunggu-tunggu panggilan interview JPA/MARA ke luar negara
Ramai lepasan SPM menanti-nanti surat dipanggil
Tetapi hanya beberapa orang sahaja yang layak
Bukankah sesi interview itu suatu ujian juga?
Mengapa ramai pula yg mahu?
Samalah juga kita
Allah mahu memberikan kebaikan dan ganjaran yang banyak untuk kita
Dipanggilnya kita 'interview' dengan cara diuji
Sebab kita telah penuhi syarat kelayakan untuk di'interview' oleh Allah
Untuk melayakkan kita mendapat kenikmatan duania dan akhirat yang tiada taranya
Bukankah kita sepatutnya gembira?
Ujian itu adalah pasti
Sabar itu pilihan
Beruntungnya kamu diuji...
Kerana Allah dan syurgaNya itu idaman
:)
No comments:
Post a Comment