Tuesday, 19 June 2012

Akhirnya aku berjanji jua (akhir)

Tibalah hari kepulanganku semula ke UIA Gombak
Mid term exam sudah tidak lama
Berat rasanya hatiku untuk meninggalkan Babah, mama dan adik2 ketika itu
Terasa seperti sesuatu yang besar bakal terjadi dalam keluarga kami
Namun
Semuanya itu tak mampu untuk ku luah
Aku bukan tuhan, yang tahu apa yang akan terjadi akan datang

Pagi itu seperti biasa
Selesai makan pagi, Babah akan berbaring semula di katilnya
Butiran tasbih dan zikir tak penah lekang darinya
Babah semakin kurus
Babah sudah tidak selera makan
Matanya sudah semakin kabur
Badannya sangat kuning
Pendengarannya juga sudah tiada dan diganti dgn bunyi yg sangat bising yang tiada kesudahannya
Banyak benda yang dia suka dulu,sekarang benda tu sudah tidak lagi menarik baginya
Aku mulai risau akan perkembangan kesihatannya semakin merosot
Aku tahu dia sedang sangat tersiksa menahan sakit
Tapi digagahkan juga
Ya Allah, jika kesakitan itu dapat diberi sedikit kepadaku
Asalkan Babah kurang sedikit penderitaannya
Nescaya aku rela!

Sedang aku berjalan melalui katilnya
Babah memanggil aku
" Long, sini jap, duduk sebelah babah..babah nak cakap sket"
kata Babah sambil menepuk2 tilam disisinya
Aku tersenyum dan terus duduk disebelahnya
Babah memandang tepat ke mataku
Kedua tangannya memagang erat kedua tanganku
Aku terasa seperti ada sesuatu yang sangat penting yang akan diperkatakan
" Along..."
"Babah tak tahu babah sempat tak tengok awak berkahwin,babah takut tak sempat,tapi kalau sempat alhamdulillah...tapi misal kata tak sempat,babah harap sangat nanti bila awak dah besar, awak ada suami, awak jadilah seorang isteri yang solehah dan taat.Role model untuk jadi benchmark awak,adalah mama. Itu paling minimum dan benchmark maximum, Siti Khadijah."jelas babah
Aku terkedu.
"Apahal pulak Babah ni, cakap benda2 camni? umur aku baru 20 tahun, dah cakap pasal kahwin." getus hati kecilku.
Jawapanku ditulis dengan menggunakan white board kecil, sebab babah sudah tidak boleh mendengar.
" Bah, kenapa Along kena jadi macam mama? Along tak nak jadi macam mama (sebab asyik bergaduh dengan mama sendiri).Along nak jadi macam babah.Hidup untuk dakwah."aku menjawap.
"Long, awak perempuan, bukannya lelaki. Eloknya ambil role model perempuan.Orang perempuan ada kelebihannya yang tersendiri,berbeza dengan lelaki. Awak jangan pandang rendah mama awak. Dia tu dah kira ahli syurga, sebab babah dah redha dengan dia. Mama isteri yang taat dan kuat agama bahkan kesemua ciri-ciri isteri solehah yang diperlukan oleh seorang pejuang lelaki, semua mama awak sudah ada.Babah rasa beruntung berkahwin dengan mama awak." kata babah.

Aku terdiam.
Benar kata2 babah,
Sejak babah sakit, mama selalu bangun malam solat dan berdoa untuk babah
Mama selalu tidak tidur kerana menjaga babah yang kadang2 demam sangat panas
ataupun tiba-tiba meraung sakit
Tapi raungan babah selalunya berbunyi "Ya ALLAH!!!" ALLAHUAKBAR!!"
Dan disusuli dengan tangisan
Hancur dan sayu hati kami mendengarnya
Kadang2 kami juga turut tidak tidur kerana membantu mama menjaga babah
Mama melayan babah dengan sangat lemah lembut, sabar dan teliti
Hinggakan pembantu rumah kami pun menangis kagum dengan layanan mama pada babah
Bukan itu sahaja,
Mama jugalah yang menerima banyak tohmahan2 dan amarah sahabat2 babah tentang cara pengubatan babah
Majoriti di antara mereka tidak bersetuju dengan cara pengubatan alternatif.
Mama selalu mengadu dan menangis hampir setiap malam kepadaku
Kadang2 kami sama2 menangis
Tapi mama kata kalau dua2 menangis,kesian sangat
Jadinya bila sorang menangis, sorang lagi kena kuat dan tidak menangis
So, sejak itu aku belajar cara tahan tangis walaupun hati benar-benar terluka

" Along, andaikata babah pergi dulu, babah nak minta tolong pada awak sesuatu, boleh ke?" kata babah dengan sangat lembut.Tangannya masih lagi erat memegang tanganku.
Aku hanya mengangguk.
Kelopak mataku sudah digenangi air mata,entah bila hadir aku pun tak tahu
" Boleh along berjanji dengan babah? Janji dengan babah yang along akan tengok-tengokkan kehidupan mama dan adik-adik selepas babah tiada. Terutama sekali tentang tarbiyyah adik-adik....babah sangat risau tentang itu. Janji dengan babah Long, yg awak akan tengokkkan betul-betul tarbiyyah adik-adik." pinta Babah dengan bersungguh-sungguh sambil memandang tepat kepada mataku.

Aku tergamam.
Berat sungguh permintaan itu.
Aku membatu.
Angguk tidak,geleng pun tidak
Apalah dayaku yang kerdil ini dan setahun jagung ketika itu dalam jalan dakwah dan tarbiyyah
Mampukah aku melakukannya
Mampukah aku membuat janji ini dengan Babah?
Aku tidak mahu mengecewakan harapannya
Aku bukan Tuhan yang mengetahui masa depan
Aku bukan boleh mengarah adikku untuk suka ditarbiyyah
Dapat perasaan perlu ditarbiyyah itu pun adalah kehendak Allah
Bukankah hidayah itu milik Allah?
Kalau antara adik-adikku itu Allah tidak pilih hidayah untuk sampai ke hati mereka, bagaimana?
Bukankah aku sudah dikira mungkir janji?
Besar sungguh harapannya, dan sebesar itu jugalah kekecewaannya jika tidak tertunai
Tapi.........harus bagaimana?
"Long, janji dengan Babah Long.Janji ya??? awak tahu kan orang Islam macam mana berpegang pada janjikan? walau macam mana susah pun mesti ditepati,sebab awak dah berjanji." desak Babah.
Aku memang kalah dengan pujuk rayu Babah
Tak sanggup menghampakannya
Dengan hati yang berat,
Aku mengangguk dan ketika itu juga airmataku mengalir
Rupanya itulah kata2 terakhir Babah kepadaku
3 September 2005, Babah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di wad ICU, HUKM.
Aku tidak sempat menemuinya di saat akhir,dan di saat itu juga mama berkata Babah tertanya2 bilakah aku akan sampai untuk menemuinya.
Babah telah pergi meninggalkan kami. Sakit yang dideritainya selama 2 tahun setengah itu akhirnya berakhir.

Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahim
Kau ampunilah Babah
Tempatkan lah dia di kalangan orang2 yang soleh

Bila teringat semula tentang janjiku pada Babah,
Tak sangka,
Akhirnya aku berjanji jua..............


1 comment:

  1. Ya Allah..jadikan aku janji kakakku yg ditepati..Allahurabbi..

    ReplyDelete